McDonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak-Kanak OKU di Perlis - KhatyAiman KhatyAiman: McDonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak-Kanak OKU di Perlis
Textual description of firstImageUrl

McDonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak-Kanak OKU di Perlis

khatyaiman | 3/13/2022 12:07:00 pm | 0 Komen

 Khaty salah seorang yang tidak tolak dengan menu terbaru McDonald’s. Macam mana nak tolak kalau menu-menu keluaran McDonald’s ni sedap-sedap belaka! Paling best bila makan bersama keluarga, sangat seronok lihat keriangan kanak-kanak tatkala dapat menikmati menu McDonalds. 


Apa yang membuatkan Khaty kagum dengan McDonald’s , mereka tak terlalu memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya tak henti-henti memberikan sumbangan balik pada masyarakat kita.  Khaty bukan cakap kosong tapi ada banyak bukti yang mengiyakan apa yang Khaty cakapkan ni.


Buktinya pada sumbangan sebuah Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya hari ini.  


Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 



Untuk pengetahuan, RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.  

RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  

Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

Tak hanya itu, sumbangan zakat turut diberikan juga. Khaty sebagai salah seorang pelanggan McDonalds pastinya ikut rasa seronok melihat perkara-perkara baik seperti ini. Terasa apa yang Khaty belanjakan untuk makan menu-menu sedap McDonalds seakan sangat berbaloi. 

Majlis menyaksikan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.



Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 

Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti. 

“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC. 

 

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”

 

“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”


Sebagaimana yang telah Khaty katakan tadi, sebagai salah seorang pelanggan McDonald’s Malaysia, pastinya Khaty sangat-sangat rasa happy bila melihat pihak McDonald’s Malaysia melakukan aktiviti dan projek-projek amal begini. 


Syabas McDonald’s Malaysia dan semoga kalian sentiasa dimurahkan lagi rezeki untuk memberikan lebih banyak sumbangan dari masa ke semasa. 

No comments:

Post a Comment

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com