KhatyAiman KhatyAiman
Textual description of firstImageUrl

Citarasa Kampung Buffet at the Shangri-La Rasa Sayang, Penang

khatyaiman | 3/22/2023 04:10:00 pm | 0 Komen

 Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, khaty berkesempatan untuk menjamu selera di Spice Market Shangri-La Rasa Sayang, bertemakan Citarasa Kampung bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak. Sebenarnya suasana di sana sangat mendamaikan sebab apa, persekitaran dan deko tradisional itu yang telah membangkitkan suasana nya.


Terdapat pelbagai jenis menu yang disediakan untuk para tetamu agar dapat menikmati hidangan yang yang digemari. Susun atur tempat makanan sangat bersih dan mudah untuk di ambil. Sangat selesa untuk melihat dan mengambil makanan yang ingin dinikmati.







Eh, menu dari negara jepun sushi pun ada tau. Pihak hotel juga telah membuat menambah satu menu sushi iaitu sushi serunding. Sedap cuma dan bagitahu pihak hotel agar menambah lebih lagi serunding untuk menaikkan rasa serunding itu. Bukan pakar tapi sekadar membantu. Biar lagi sedap lagi tetamu suka.






Berkonsepkan dapur terbuka, para tetamu dapat melihat sendiri makanan yang di masak. Ianya juga secara tidak langsung akan memberi keseronokan dan rasa teruja untuk mencuba kan.





Antara menu yang memang dinanti para tetamu sudah semestinya Kambing Golek. Pihak hotel telah menyediakan kambing golek yang saiznya agar besar agar semua tetamu yang hadir dapat mengambil dan menikmati juadah dengan selesa.






Pihak hotel juga menyediakan menu yang sangat terkenal di Pulau Pinang iaitu Kari Kepala Ikan. Rasa nya sangat sedap dan ianya sesuai untuk segenap umur dan jantina keran sememangnya kita rakyat malaysia membesar dengan menu-menu yang sebegini di mana ianya sering dimasak di rumah.















Pihak Hotel juga telah menyadiakan menu vegetarian. Ianya juga sangat bagus dan menyantuni mereka yang hanya mengambil makanan vegetarian merasai suasana menjamu selera di hotel juga. Sebenarnya walaupun ianya menu vegetarian, tukang masak telah mengolah masakan itu menjadi sedap sebab apabila kita makan, seakan kita pun tidak sedar ianya adalah menu vegetarian. 







Untuk bahagian pemanis mulut, memang terlalu banyak pilihan. Jadi rambang mata sebab semua nya nampak sedap. Pilih jangan tak pilih tapi jangan sampai penin sebab makan dessert terlalu banyak.























Tidak ketinggalan untuk menu yang dibar sepeti ikan bakar dan sate juga ada. Ianya berada si pintu masuk Spice Market. Ikan bakar dan air asam sangat kena dan sedap sangat. Sate juga tidak kurang hebatnya. Paling suka air asam boi. Sedap pekat melikat dan memikat.







Selepas selesai semua aktiviti di sini, anda boleh lepak santai sekejap di tepi kolam mandi sebab apa tau, di punya view sangat cantik, tenang dan damai. Jadi terasa puas sebab makanan sedap, lepastu dapat menikmati suasana yang cantik dan tenang ini. 

Kepada anda yang ingin menjamu selera, sedikit info mengenai harga dan yang berkaitan disediakan oleh pihak hotel:-

Citarasa Kampung di Spice Market
Setiap hari Isnin sehingga Khamis sehingga 20 april 2023
RM178 nett/ Dewasa
RM89 nett ? Kanak-kanak

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com